Are-teh's FotoPage

By: watie hafiz

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  >  >>]    [Archive]
Friday, 9-May-2008 00:18 Email | Share | | Bookmark
HATI GORENG BEREMPAH

 
 
 
View all 4 photos...
Kali ni sy cuba masak resipi Hati Goreng Berempah dari Mat Gebu...cuma bezanya Cik Mat gunakan hati lembu sy gunakan hati ayam...mmg sedap terasa rempah2nya..k ni resipinya ye...



HATI GORENG BEREMPAH
Sumber : Mat Gebu

Bahan Utama
650 g hati lembu ( sy guna hati ayam )
2 batang leek, dibersihkan dan kerat2 1 inci ( x letak )
2 biji bawang besar, dipotong bulat
2 biji cili merah, dihiris serong
2 camca besar kicap pekat
3 camca besar kicap cair
1 camca besar gula melaka
Sedikit garam jika perlu

Bahan Kisar Halus
40 g halia
4 tangkai cili kering
1 inci kunyit hidup
5 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
2 batang serai
1 camca teh ketumbar biji
1/2 camca teh jintan halus
1/2 camca teh jintan kasar
1 camca teh lada hitam biji

Cara membuatnya
1. Hiris nipis hati lembu, gaul dengan 1 camca besar tepung gandum. Biar 10 minit, kemudian cuci hingga bersih dan toskan.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan2 kisar halus hingga wangi. Masukkan kicap cair, kicap pekat dan gula melaka. Gaul rata.
3. Masukkan hati lembut dan gaul hingga mesra. Kecilkan api dan masak hingga hati lembut. Masukkan hirisan leek, bawang besar dan cili hiris. Gaul rata.
4. Biar masak 5 - 7 minit lagi atau hingga pekat. Rasa dan jika kurang masin, boleh tambah garam. Angkat dan hidangkan bersama nasi hangat....



Saturday, 3-May-2008 23:56 Email | Share | | Bookmark
DARK CHOC. MUFFIN

alahai buruk benor rupanya
tengok dalamnya x gebu padat...
jgn letak white choc chip x cantik
View all 5 photos...
Percubaan pertama setelah mengikuti kelas muffin mak lang...masih x puas hati dengan hasil pertama ni x segebu yang diharapkan tapi rasanya sedap x caya cuba la wat...pe pun cuba la lihat gambarnya...




Dark Choc. Muffin
Sumber: Aini Salim / Mak Lang

Bahan-bahan:
300g tepung gandum
200g gula/dark brown sugar
200g mentega
300ml susu segar(kotak)
60g koko serbuk
4 butir telur
2 sudu makan baking powder
2 sudu makan jem strawberi (mklang guna blueberry)
1 sudu teh coklat emulco
1 sudu teh esen vanilla.
secukup coklat cip sebagai hiasan
*mklang masukkan skit coklat cip dlm adunan jugak n tabur diatas sekali.

Cara-cara penyediaan:
1. Ayak tepung, koko dan baking powder dan ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula hingga kembang, masukkan telur sambil dipukul hingga rata.
3. Masukkan campuran tepung dan susu segar secara berselang-seli.
4. Masukkan jem, coklat emulco dan kacau hingga rata.
5. Tuang adunan ke dalam mangkuk muffin dan taburkan chocolate chips diatasnya.
6. Bakar muffin selama 15-20 minit.


haha...k la masih leh di makan cuma rupa muffin x segebu my cfu sy wat( mak lang Azie )..

Quote:


penyulawa ~ thanks sudi ke fp sy ni...uii mmg sodap muffin..
mak lang ~ betui la mak lang letak white chip buruk rupanya..pe pun pas ni x nak la balun muffin lama2 hehe...time kacih ye berikan komen yg membina..
jue ~ salam perkenalan...cuba la jue wat sodap taw muffin ni..
tudung arab ~ cantik u punya tudung...


Saturday, 3-May-2008 07:40 Email | Share | | Bookmark
INSTANT PUFF

 
 
 
Menu minggu lepas tp baru hari ni sempat up date di fp. Percubaan pertama membuat puff ni setelah mak lang (ulampegaga) beri tunjuk ajar semasa kelas muffin tempoh hari....


Instant Puff
Sumber : cranko & mak lang

Bahan
Roti prata or roti canai segera (make sure yg mentah dan bukan yg dah goreng 1/3 masak)

Bahan lain yg perlu
sebiji telor - pukul sedikit
sausage or sardine or sambal tumis

Cara
Biarkan kepingan roti prata tadi hingga lembut sedikit agar mudah tuk digulung atau lipat roti prata tadi...

Untuk sausage puff :
Gulung sausage tadi ngan roti prata dan di kelar2 sedikit...
sapukan ngan telor yg telah di pukul tadi dan bakar dlm ketuhar
180 deg celcius, 35 minits

Untuk sardine puff :
1 tin sardine - buang sos sedikit
1 bawang besar - hiris halus
1 batang lada merah - potong kecil
2 sudu makan mayonese

- gaulkan bahan2 ni buat inti.

Cara:
letakkan 2 sudu inti sardine tadi dan lekapkan keliling roti prata tadi.... (jadikan semi circle)
sapukan telur yg di pukul tadi di atas dan bakar dlm ketuhar 180 deg cel selama 30 minits ( or sehingga mendapat kekuningan yg di sukai)

Resipi c & p dari fp mak lang....mak lang minta izin yer...

Quote:


umieaisyah ~ cuba la wat mmg sedap...

mak lang ~ boleh lerrrr...pe pun time kacih la pd mak lang yg sudi tunjukkan cara wat puff
ni..


Saturday, 3-May-2008 00:38 Email | Share | | Bookmark
Kek Pisang Choc. Rice

hehe...rupa x cantik tp rasa sedap...
 
 
Masa cuti hari 2 cuba la wat kek pisang choc rice dari mamazieza setelh melihat kegebuan kek yang mak lang wat (ulampegaga)...x dinafikan mmg sedap la kek pisang ni lembut...



Kek Pisang Choc. Rice
Sumber : mamazieza/mak lang

Bahan
250 gm butter
190 gm sugar/brown sugar
1 st ovalette
4 eggs - medium
1 tsp vanilla
275 gm flour }
1 tsp baking powder } ayak
1tsp bicarbonate soda}
250 gm mashed banana
100 gm chocolate rice

Cara
Beat the butter and sugar until white and fluffy, then add one egg at a time together with the ovalette. Then add in the banana.
After it is all mixed nicely, pour in the flour which has been sifted with the raising agent.
Lastly do not forget the chocolate rice... Just mixed it lightly.
Then you bake it, cool it and eat it... yummy.. yummy

Quote:


umieaisyah ~ mmg sedap cake ni..
mak lang ~ time kacih...bkn wat jual nak bg member rasa...


Thursday, 24-Apr-2008 10:38 Email | Share | | Bookmark
GAMBAR MAJLIS PERNIKAHAN

 
 
 
View all 5 photos...
GAMBAR MAJLIS PERNIKAHAN KU PADA 25HB DEC 2007.



Quote:

Mak lang ~ thanks mak lang sudi jenguk ke fp sy ni...saje jer letak gambo nikah.


[<<  <  1  [2]  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net